Jom baca coretan tentang tangisan bumi Sandakan. Telupid, Tongod dan daerah sekitarnya adalah tempat saya mengajar dahulu. Masih ada kawan-kawan saya yang masih mengajar di sana sehingga sekarang.. Jom baca coretan tentang penduduk yang murtad..Ini sangat menginsafkan kita..
Laporan ini disediakan oleh Jemaah Dakwah Dan Tabligh Maulana Jamal bertarikh 07-07-14.
Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kampung Langkabong,Tongod,Sandakan. Setelah mendapat laporan dari Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui di Masjid Tangisan Bumi Sandakan Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin (6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi kampong Langkabong.
Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid.
Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 M dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.
Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Ahli Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.
Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. sterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.
Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.
Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.
Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.
Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia. Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.
Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.