Suasana Penuh Emosi Di Institut Perubatan Forensik Negara - #Adam Rayqal


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kesedihan di atas kehilangan anak yang tersayang. Semoga perbuatan kejam pengasuh terhadap anak syurga iaitu Adam Rayqal mendapat pembalasan yang seadilnya. Walaupun saya tidak mengenali ibubapa arwah Adam, saya doakan supaya mereka dapat menerima suratan takdir ini dan bersabar.


Gambar oleh bernama menunjukkan Ibu bapa Adam Rayqal Mohd Sufi, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi dan Farrah Madihah Othman ketika tiba di Institut Perubatan Forensik Negara bagi proses pengecaman mayat dan pengurusan jenazah bayi tersebut di ibu negara.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan ditemui mati di rumah pengasuhnya kira-kira pukul 11 malam di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan disorokkan di bahagian dalam sejuk beku peti ais di rumah tersebut.
Previous Post Next Post