Hari Terbuka PR1MA Di AEON Mall Kota Bharu


Sukacitanya PR1MA menjemput Tuan/Puan ke Hari Terbuka PR1MA pada masa dan tempat seperti di bawah:

Tarikh         : 5 – 7 Julai 2018 (Khamis - Sabtu)
Masa           : 10.00 pagi - 7.00 malam
Tempat       : AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, Kelantan

Senarai kediaman yang dibuka untuk jualan di negeri Kelantan adalah seperti berikut;

  1. PR1MA @ Lubok Jong, Pasir Mas
  2. PR1MA @ Tok Bali, Pasir Puteh


Sila klik https://sales.pr1ma.my/my/properties-by-regions/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 46 lagi projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia.

NOTIS PENTING, Pembelian kediaman PR1MA @ Lubok Jong dan PR1MA @ Tok Bali hanya dibuka kepada pembeli/pembeli bersama yang mematuhi Enakmen Tanah Kelantan 1983 sebagaimana berikut :-

  • Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu
  • Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam
  • Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan
  • Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan
  • Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
  • Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.


Pada Hari Terbuka PR1MA, kami menawarkan perkhidmatan “One Stop Centre” untuk memudahkan bakal pemilik kediaman PR1MA. Status kredit bakal pembeli akan disemak, dan panel bank PR1MA atau wakil Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mengira kelayakan pinjaman bakal pembeli. Seterusnya, bakal pembeli boleh memilih kediaman yang diingini dan semuanya diuruskan pada hari yang sama.

Bagi tujuan pembelian, tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut. (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 3 salinan)
• MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada)

Bekerja di sektor awam/swasta:
• Slip gaji 3 bulan terkini / Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini
• Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)

Bekerja sendiri:
• Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Komisen (6 Bulan terkini) / Penyata Akaun Syarikat terkini 
• Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)

PEMBELI BERSAMA mestilah suami / isteri, ibu bapa serta saudara kandung sahaja. NOTIS PENTING, Pembeli bersama perlu hadir pada hari tersebut kerana pihak pemeriksaan Kredit perlu mendapatkan ‘cap ibu jari’ untuk tujuan semakan CCRIS.

Untuk mempercepatkan proses pemilihan unit, anda dinasihatkan untuk mencetak terlebih dahulu laporan Status Kredit (CCRIS) dari Bank Negara Malaysia (BNM). Walaubagaimanapun, kami juga menyediakan kaunter semakan status kredit dengan caj RM10.00.
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 6.00 petang) atau emelkan kepada info@pr1ma.my.

Sekian, terima kasih. PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
Previous Post Next Post