Bayar Pinjaman PTPTN Melalui MOLPay Cash


Bermula 02 Julai 2018, PTPTN menambah satu lagi saluran untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi bayaran balik pinjaman dan deposit simpanan SSPN-i melalui MOLPay Cash. Ikuti langkah-langkah mudah berikut

Langkah 1: Layari www.ptptn.gov.my . Pilih MOLPay & pilih akaun untuk membuat pembayaran

Langkah 2: Ambil gambar maklumat pembayaran.

Langkah 3: Pergi ke 7-11  (7 Eleven) yang berdekatan dengan anda.

Langkah 4: Bayar di kaunter. Maklumkan kepada petugas kaunter untuk pembayaran melalui MOLPay Cash, berikan maklumat pembayaran dan buat bayaran.

Langkah 5: Semak penyata pinjaman/ simpanan anda selepas 7 hari bekerja.

Sumber: https://www.ptptn.gov.my
Previous Post Next Post