Rawatan Kendiri Penyakit Di Rumah

Image by Google

Penyakit kadang-kadang datang tanpa di undang. Pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang menghidap penyakit sama ada penyakit biasa atau penyakit yang lebih berbahaya seperti jantung, diabetis dan sebagainya.  Tanda-tanda sakit biasanya dapat dirasai oleh pesakit itu sendiri.

Penjagaan kesihatan adalah amat penting sebelum kita menghidap sebarang penyakit. Bab kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati". Saya kongsikan rawatan kendiri bagi beberapa jenis penyakit yang boleh dilakukan sendiri di rumah.


Semua selesema dan jangkitan virus

  • Minum banyak cecair (seperti air dan sup)
  • Duduk di rumah dan berehat


Hidung tersumbat

  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
  • Titiskan atau semburkan air garam dihidung
  • * Decongestant: membuka saluran hidung


Hidung berair

  • Sapukan jeli petroleum di luar hidung.
  • Gunakan tisu lembab
  • * Antihistamine: mengeringkan lelehan cecair hidung atau hingus


Batuk tanpa kahak

  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
  • Berkumur dengan air garam yang suam
  • *Penahan batuk: membantu menghentikan batuk


Batuk berkahak

  • Minum air dengan lebih banyak
  • *Ekspektoran: menipiskan kahak, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan semasa batuk
  • *Boleh membeli ubat am  (Bahan aktif: Guaifenesin)


Sakit tekak

  • Berkumur dengan air garam yang suam
  • Elakkan asap
  • Minum teh
  • * Lozeng tekak – melegakan tekak (Jangan diberi pada kanak-kanak berumur kurang daripada 10 tahun)
  • * Boleh membeli ubat am (Bahan aktif: Menthol ,Dichlorobenzyl Alcohol, Amylmetacresol)


Gatal, mata berair / bersin

  • Elakkan daripada mengambil benda atau makanan yang anda alah atau menyebabkan kerengsaan.
  • * Antihistamine: mengeringkan dan melegakan gatal pada mata


Demam / sakit otot

  • Tuam dengan ais atau air sejuk pada dahi.
  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada tempat yang sakit.
  • Berehat dikatil.
  • * Analgesik: pelega kesakitan
  • * Boleh membeli ubat am  (Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid)


Sakit telinga 

  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada telinga yang sakit.
  • * Analgesik: pelega kesakitan
  • * Boleh membeli ubat am (Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid)

* [Ubat am (over the counter) tidak disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun. Bagi kanak-kanak  berumur melebihi 2 tahun,  perlu mengikut dos  yang  dinyatakan pada sisip bungkusan]

Rujukan
1. http://www.myhealth.gov.my

Previous Post Next Post