Ini merupakan sebuah kisah benar dan membuat air mata mengalir tanpa disedari tentang kehidupan seorang pemuda yang kaya raya dan mempunyai kejayaan yang kukuh. Dia adalah seorang pemuda tampan yang tinggal di Australia bernama Ali Banat.
Ali Banat mempunyai kereta Ferrari Spider yang harganya 600 ribu US dollar, gelang berlian berharga 60 ribu US dollar, kasut Louis Vuitton berharga 1,300 US dollar sepasang, bahkan selipar yang digunakan untuk ke tandas saja berharga 700 US dollar, serta masih banyak lagi hartanya yang lain.
Hingga suatu hari doktor mengatakan bahwa beliau hanya mempunyai waktu yang singkat untuk hidup kerana menghidap kanser tahap 4. Beliau mempunyai waktu untuk hidup lebih kurang 7 bulan. Kehidupan beliau terus berubah secara drastik.
Ali Banat menganggap penyakit kanser yang dihidapinya sebagai satu ‘anugerah dari Allah’. Sejak dari tu beliau mula berubah dengan membantu masyarakat yang memerlukannya. Ali Banat sedekahkan semua hartanya itu melalui MATW Project yang dirintisnya.
“Ini adalah sebuah anugerah kerana Allah telah memberi saya kesempatan untuk berubah,” kata Ali Banat sambil menangis
Sekarang ini Ali Banat telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 29 Mei 2018, tapi lihatlah apa yang telah dikerjakannya selama 3 tahun. Dia telah mewariskan sesuatu yang begitu bernilai dengan perjuangannya. Dan semoga hal itu menjadi amal jariyah untuknya. Al Fatihah untuk beliau.
Berdasarkan kisah hidup Ali Banat ini, kita dapat simpulkan bahawa hidup adalah sementera. Harta dan kekayaan bukanlah hak kita yang mutlak....
Rujukan
- Lampu islam
- Youtube