Kenapa Setiap Orang Perlu Ada Blog? - #viral


Sesetengah orang mengatakan aktiviti blogging adalah membuang masa. Bagi yang tahu tentang kebaikkan blog, mereka akan berusaha menbangunkan blog masing-masing.

Blog merupakan singkatan dari Web dan Log atau Web-Log  iaitu sebagai catatan harian. Blog yang dihasilkan mempunyai artikel atau tulisan yang mungkin merujuk kepada catatan peribadi, promosi bahan niaga, perkongsian ilmu dan sebagainya. Seorang blogger (pemilik blog), mungkin lebih tahu tentang hala tuju blog mereka sama ada blog yang dihasilkan untuk perniagaan, pendidikan, khidmat masyarakat dan sebagainya.

Apakah fungsi blog?
  • Catatan peribadi
Salah satu fungsi blog adalah sebagai catatan peribadi. Catatan ini mungkin berkisar tentang kisah hidup seorang blogger, kisah keluarga, kisah travel dan sebagainya.
  • Media promosi bahan niaga
Blog juga digunakan sebagai medium promosi bahan niaga terutama kepada mereka yang mempunyai budget yang tidak banyak bagi mewujudkan e- commerce yang tersendiri. Jadi, penggunaan blog adalah lebih tepat kerana percuma dan tidak memerlukan budget yang tinggi untuk menghasilkannya.
  • Media informasi
Selain itu, blog juga digunakan sebagai media informasi iaitu digunakan untuk memberi maklumat kepada orang lain berkaitan dengan isu-isu semasa, tips, berkongsi resepi masakan dan sebagainya.
  • Kongsi ilmu
Blog juga digunakan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu atau tutorial seperti memberi ilmu kepada orang ramai untuk menjahit baju dan sebagainya.

Apapun fungsi blog yang dibangunkan, kita perlu memastikan blog kekal aktif supaya blog kita masih berada dalam carian enjin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya.

Layari www.1mpire.com untuk koleksi jam tangan

Apakah jenis-jenis blog?
  1. Blog umum (general blog) - Blog yang mempunyai pelbagai tema atau topik
  2. Vlog - Blog yang mempunyai konten semuanya ada video sama ada video tentang travel, tutorial dan sebagainya.
  3. Niche Blog - Blog yang hanya membahaskan tentang satu topik sahaja seperti topik gajet, kesihatan dan sebagainya. 
  4. Audio Blog - Blog yang hanya mempunya audio seperti MP3 sahaja
  5. Photo Blog - Blog yang mempunyai perkongsian gambar seperti pakej fotografi dan sebagainya
  6. Micro Blog - Blog yang mempunyai teks yang terbatas seperti twitter, facebook dan sebagainya.
Dah baca semua info kenapa setiap orang perlu ada blog? Menarik kan..Apa tunggu lagi, jom mulakan blog anda..Sebelum memulakan sesuatu blog, niatkan dalam hati supaya catatan yang dicatat di dalam blog boleh membawa kebaikkan kepada semua orang terutama tentang perkongsian ilmu.

Yang mempunyai ilmu tentang agama, bisnes, resepi dan sebagainya sangat rugi jika tidak berkongsi ilmu yang korang ada.. Ilmu yang bermanfaat akan berterusan mengalir walaupun kita sudah tiada di dunia ini.

Sharing By
Huzaini Ismail


Previous Post Next Post