Kenapa Kelopak Mata Berkedip-Kedip?


Mungkin ada di antara kita pernah mengalami kelopak mata berkedip-kedip (eyelid twitch). Pelbagai kepercayaan masyarakat Melayu apabila kelopak mata berkedip antaranya ialah membawa tuah dan sebagainya. Sejauh mana kebenaran itu belum terbukti lagi dalam kajian sains. Mungkin perkara-perkara aneh yang berlaku adalah satu kebetulan dan masyarakat Melayu mengaitkannya dengan kelopak mata berkedip-kedip.

Mengikut Medical News Today, gerakan kelopak mata ini disebabkan oleh aktiviti elektrikal dalam otak yang merangsang sel saraf menghantar isyarat dengan sangat cepat kepada otot kelopak mata, yang kemudian mencetuskan kekejangan otot atau spasma. Selain itu, kondisi ini boleh terjadi dalam masa beberapa minit hingga ke beberapa hari.

Keletihan otot mata dan rangsangan berlebihan (overstimulation) adalah antara faktor dan punca tersebut ialah
  • Stress
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Gangguan tidur atau tidak cukup tidur
  • Mata kering
Meningkatkan corak tidur, kurangkan minum kopi, atau menggunakan titisan pelincir mata (eyesdrop) biasanya dapat menyelesaikan keletihan kelopak mata yang mudah tanpa perhatian perubatan.

Sekiranya kelopak mata kelopak mata berterusan, seseorang harus melawat doktor mata (pakar mata) kerana mereka mungkin mempunyai keadaan yang lebih serius yang memerlukan rawatan.

Rujukan
https://www.medicalnewstoday.com/articles/318268.php


Previous Post Next Post