Proton hari ini sudah selangkah ke depan dengan mengeluarkan SUV pertama yang mempunyai specifikasi yang menarik dan sesuai kepada peminat kereta keluaran tempatan. Proton SUV yang pertama dijangka akan mula dijual pada bulan September. Tarikh pelancaran proton SUV yang sebenar kita akan dengar pengumuman dari pihak Proton nanti..Merecik tak tengok proton SUV ni?
Sekali pandang SUV proton ini seperti kereta Range Rover. Kekemasan dalaman akan menarik peminat kereta keluaran tempatan ini. Apa-apa pun kita tunggu pelancaran kereta SUV proton ni nanti. Jom baca apa yang menarik tentang proton SUV terbaru ni.
Antara perkara menarik SUV pertama Proton
- 1.8 liter turbo (TGDI) automatik 6 kelajuan
- bumbung suria ( panoramic roof )
- upholsteri dalaman dengan tempat duduk dibaluti kulit berwarna perang
- sistem pemantau titik buta (blind spot)
- brek kecemasan automatik (AEB)
- cruise control adaptif
- amaran keluar laluan
- lampu tinggi automatik
- pembersih udara pintar
- sistem pemantau angin tayar
- kamera 360-darjah
- sistem infotaimen bersama skrin sesentuh 8 inci lengkap dengan hubungan internet 4G dan juga aplikasi mudah alih serta fungsi kawalan jauh menerusi telefon pintar.
Fasa 1 (versi diimport sepenuhnya (CBU) ). Fasa 2 (2019) ( versi CKD ( lebih kpd identiti Proton dari segi rekabentuk luaran dan juga dalaman dijangka mempunyai pilihan enjin 1.5 liter TGDI dengan transmisi dwi-klac)
kredit: Ajerul