Pergi Melancong Duit Habis Kat Mana?


Melancong tidak kira dalam atau luar negara mesti menjadi satu kemestian kepada semua bagi melepaskan tekanan kerja. Ditambah lagi melancong bersama keluarga akan meningkatkan ikatan kekeluargaan. Disebabkan inilah ada di antara kita merancang dengan teliti percutian dengan mengira budget pengangkutan, sewa kereta, tempat penginap, makan dan sebagainya.

Ada juga diantara kita apabila habis melancong, perbelanjaan mereka akan terlebih disebabkan melancong. Pergi melancong duit habis kat mana? Berdasarkan pengalaman saya, budget makan adalah yang paling tinggi. Sebagai contoh

Anggaran perbelanjaan sehari

Penginapan : RM100/semalam
Sewa kereta : RM60/sehari
Makan untuk 5 orang : 3 kali makan x RM10 x 5 orang : RM150

Perbelanjaan untuk makan akan meningkat jika bilangan ahli keluarga adalah ramai. Bagi mengelakkan perkara ini, ada yang menyewa homestay kerana lebih fleksibel dan berbaloi kerana mereka dapat lebih privacy seperti di rumah. Mereka yang menyewa homestay juga dapat masak sendiri, basuh baju sendiri dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan makan sekeluarga apabila bercuti.

Makan di gerai atau restoran sekali sekala semasa melancong apa salahnya kan. Apa yang penting semasa melancong, pengiraan budget adalah penting.

Previous Post Next Post