Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga
kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”
Muat turun Panduan Solat Sunat Tarawih yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga bermanfaat.