Nurse Tu Pun Cuma Diploma Atau Sijil Bukan Taraf Pegawai Kerajaan


Nurse Tu Pun Cuma Diploma Atau Sijil Bukan Taraf Pegawai Kerajaan. Itulah antara komen yang dikeluarkan oleh seorang netizen. Hari ini terpalit kotor lagi nama guru yang sudah lama tercalar dek kerana komen seorang netizen sama ada netizen tersebut seorang guru atau tidak, saya pun tidak pasti di mana guru tersebut telah merendahkan taraf pendidikan seorang jururawat dan menggelar mereka bukan taraf pegawai kerajaan. Nama guru semakin tercalar dengan adanya sikap segelintir pendidik yang komen mengikut emosi sehingga merendahkan dan menghina profesion lain. Sepatutnya sikap sedemikian tidak patut berlaku sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasi pendidik di Malaysia.

Berminat dengan koleksi jam? Kunjungi MpireOne

Seorang pendidik sepatutnya mengamalkan nilai-nilai yang murni dan menjaga adab semasa mengeluarkan kenyataan di media sosial. Ini boleh mewujudkan ketegangan di antara penjawat awam. Hasil tinjauan kickstory di facebook, The Dressar & Co, rata-rata netizen yang terdiri dari kakitangan kesihatan mula menyatakan ketidakpuasan hati terhadap guru tersebut yang tidak bersikap professional dalam mengutarakan komen yang akhirnya memalukan diri sendiri.

Pada pendapat kicktory, komen tersebut lebih kepada komen individu yang mengikut emosi sahaja dan ini tidak mencerminkan keseluruhan populasi guru di Malaysia. Diakhir kata, guru-guru janganlah cepat melatah tentang permakaian uniform yang seragam kerana ini hanya cadangan sahaja dan belum lagi diputuskan.

Komen Balas dari The Dressar & Co.

Bukan Taraf

Pertama sekali kami nak cakap, yang kami bukan batu api atau apa, cuma sedikit terasa. Uniform atau pakaian formal yang kami pakai untuk bekerja itu disematkan dengan niat untuk mencari rezeki dan mengikut fasiliti dan perkhidmatan kami.

Tak kira jawatan apa pun dalam perkhidmatan kesihatan dah memang sinonim dengan uniform kami, kebanggaan kami, profession kami dalam perkhidmatan kesihatan yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua.

Tapi dah datang pulak komen seseorang ini di satu isu dimana komen netizen di bincangkan dalam satu artikel mengenai penyeragaman pakaian guru di Malaysia. Kami tak kisah kalau anda tidak setuju, tapi kenapa menulis begitu?

"Nurse tu pun cuma diploma atau sijil.. Bukan taraf pegawai kerajaan"

Kalau pun tak setuju isu uniform untuk para guru, jangan sesekali nak mempertikai tahap pendidikan Jururawat dan yang sewaktu dengannya. Walaupun uniform Penolong Pegawai Perubatan ini macam juruterbang, pemandu teksi, macam pengawal keselamatan sekalipun, kami masih lagi dibawah satu perkhidmatan kerajaan atau swasta yang terbaik.

Beri hujah dengan bernas dan bukan berhujah berdasarkan emosi semata-mata. Ramai sahaja rakan saya dikalangan guru tetapi meraikan kepelbagaian pandangan dan kepelbagaian sektor pekerjaan di antara kami. Ada juga guru, pengajar dan pensyarah yang dahulunya adalah penolong pegawai perubatan.

Kalau begini cara pemikiran seseorang yang mempunyai ijazah pendidikan, lebih baik lah kamu disekolahkan semula mengenai adab dan cara menghormati orang lain terutamanya di media sosial. Janganlah begini, buat malu diri sendiri sahaja.

Pengarah kejururawatan tu gred U52/U54, masih di dalam uniform, yang tu bukan taraf pegawai kerajaan? Nurse juga tu. Ketua penolong pegawai perubatan gred U48/U52, bukan taraf pegawai kerajaan, sebab ada title penolong? Tak faham la yang mana bukan taraf, bukan pegawai kerajaan ni. Yela, kami ni pangkat rendah je kan?

Kami pangkat penolong je, bukan taraf pegawai. Maafkan kami ye.

Respect is to be earned, not given.
Gain Your Respects - K73 Zerg

The Dressar & Co.

Sumber: Facebook The Dressar & Co.




1 Comments

  1. Adui .. boleh pulak jadi isu ye. Pelik manusia kat Malaysia ni. Cer petik isu kat tebing barat tu ..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post