Gambar: Utusan Online
Solat sunat witir amat dituntut oleh Allah, di mana dalam sebuah hadis daripada ‘Ali RA berkata Rasulullah SAW bersabda:
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.
Maksudnya:
Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil.
– Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa’ei dan Ibnu Majah
Cara Solat Sunat Witir Yang Ringkas
Cara mengerjakan solat sunat witir adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat 1 salam yang biasa. Cuma ada tambahan 1 rakaat 1 salam pada akhirnya.
Lafaz niat solat sunat witir dua rakaat :
اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama, digalakkan membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-A’la. Pada rakaat kedua pula, digalakkan membaca Surah Al- Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Boleh juga membaca apa-apa surah lazim yang dihafal.
Lafaz niat solat sunat witir satu rakaat :
اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Setelah membaca Surah al-Fatihah, bacakan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Surah An-Nas. Boleh juga membaca apa-apa surah yang dihafal.
best online youtube videos downloader click here
ReplyDeletewww.youtubetoconvert.com