Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018


Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains                                  Pertanian
  Juru Ukur                                  Sains Tulen
  Kejuruteraan                                  Seni Bina (Architecture)
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah                 Ukur Bahan
  Perakaunan
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains                                 Perakaunan
  Akuakultur                                 Pergigian
  Ekonomi                                         Perhutanan
  Farmasi                                         Perikanan
  Kejuruteraan                                 Pertanian
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perubatan
  Keusahawanan                         Perubatan Veterinar
  Komunikasi                                 Psikologi
  Juru Ukur                                 Sains Alam Sekitar
  Muzik                                         Sains Biologi Marin
  Pelancongan dan Hospitaliti         Sains Bioteknologi
  Pendidikan                                 Sains dan Teknologi Makanan
  Pengajian Islam                         Sains Komputer
  Pengangkutan dan Logistik         Seni Bina (Architecture)
  Pengurusan Ladang                 Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah                 Ukur Bahan
  Pentadbiran Perniagaan                 Undang-Undang

(B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
  Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
 
2. Kelayakan Akademik

 Kursus Diploma
 
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

 
 Kursus Sarjana Muda

 Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
 
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

 
 Perubatan, Pergigian dan Farmasi
 
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

 
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

 
(C) CARA MEMOHON
 
Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang :www.biasiswa.sabah.gov.my  mulai  31  Mac  2018  Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi  yang  aktif.

 
(D) PERHATIAN

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
 Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
 Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
 Tarikh tutup permohonan ialah 30 April 2018. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Muat turun IKLAN BIASISWA




Previous Post Next Post