Sudah 5 tahun meninggalkan bumi Sabah selepas dapat bertukar ke Pulau Pinang pada tahun 2014. Pelbagai kenangan suka duka mengajar di sana. Mumpunyai sahabat yang baik semasa di Sabah adalah satu anugerah dari Allah SWT..Di Sabah, sahabat seposting iaitu Aizudin dan Izudin adalah rakan yang paling karib. Kemana-mana sahaja, kami akan bertiga kecuali ada hal yang saya tidak dapat elakkan.
Walaupun sekarang jarang berjumpa kerana faktor kesibukkan dan masing-masing sudah berkeluarga, saya harap suatu hari nanti kami boleh travel nanti. Saya dan izzudin sudah pindah ke semenanjung manakala Izzudin masih mengajar di Sabah dan menunggu masa untuk berpindah. Last berjumpa dengan mereka semua adalah penghujung 2015.
Sepanjang berada di Sabah banyak tempat-tempat yang dilawati semasa kami bertiga berada di Sabah. Walaupun sudah lama tidak bersua muka, saya berdoa kawan-kawan saya sihat sejahtera walaupun di mana mereka berada. Terima kasih kerana menjadi kawan yang akrab semasa di Sabah. Ada masa dan peluang kita berjumpa kembali..
Izzudin n Aizudin