Hari Terbuka PR1MA Di Kelantan


Marilah beramai - ramai ke Hari Terbuka PR1MA di Kelantan. Pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah yang menarik menanti anda disana. PR1MA juga menawarkan 43 projek  kediaman yang dibuka untuk jualan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir pada masa dan tempat seperti dibawah;

Tarikh             :  19 - 22 April 2018 (Khamis - Ahad)
Masa              :  10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat          :  Dewan Serbaguna Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) @ Halal Park, Pasir Mas, Kelantan.

Senarai kediaman yang dibuka untuk jualan di Negeri Kelantan adalah seperti berikut;

1. PR1MA @ Lubok Jong (Pasir Mas)  https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-lubok-jong-kelantan-pasir-mas/

2. PR1MA @ Tok Bali (Pasir Puteh) https://sales.pr1ma.my/my/property/pr1ma-tok-bali-kelantan-pasir-puteh/


Sila klik https://sales.pr1ma.my/my/properties-by-regions/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 41 lagi projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, jumlah unit kediaman yang ditawarkan adalah TERHAD dan pemilihan unit akan dijalankan mengikut ‘’first come, first serve basis’’.

Sekiranya Tuan/Puan berminat bagi kediaman yang ditawarkan, Tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut.


  • MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada)


Pihak kami juga menawarkan ‘OneStopCentre’ pada Hari Terbuka PR1MA. Wakil daripada institusi kewangan dan Agensi Pelaporan Kredit akan turut hadir bagi memudahkan segala urusan pembelian anda. Sila bawa bersama dokumen berikut: (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 3 salinan)

Bekerja di sektor awam/swasta:

  • Slip gaji 3 bulan terkini / Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini
  • Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)


Bekerja sendiri:

  • Penyata Akaun Bank / Penyata Komisen (6 Bulan) / Penyata Akaun Syarikat terkini
  • Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)


Makluman Penting: Pada Hari Terbuka PR1MA, Agensi Pelaporan Kredit (CRA) akan mengeluarkan Salinan CCRIS dengan caj bermula dari RM15.90.

PEMBELIAN BERSAMA hanya dibenarkan kepada pemohon bersama suami atau isteri, ibu atau bapa dan adik-beradik kandung pemohon sahaja.NOTIS PENTING, Pembeli bersama perlu hadir pada hari tersebut kerana pihak pemeriksaan Kredit perlu mendapatkan ‘cap ibu jari’ untuk tujuan semakan CCRIS.

Ikuti FB "PR1MA HOMES" dan IG "pr1mahomes" untuk maklumat lanjut. Jumpa anda disana!
Previous Post Next Post