38 Tempat Menarik Di Kelantan Untuk Dilawati


Cuti pertengahan penggal 1 persekolahan sudah bermula. Mungkin ada di antara kita telah lama merancang untuk melancong sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.. Hari ni saya kongsikan sedikit info tentang tempat-tempat menarik di Kelantan. Walaupun saya anak jati Kelantan yang menetap di Pulau Pinang, banyak juga tempat-tempat di Kelantan yang belum saya kunjungi. Mungkin saya akan masukkan kedalam wishlist saya tahun ni.

Kelantan terdiri daripada beberapa jajahan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang. Setiap jajahan di Kelantan mempunyai tarikan yang tersendiri yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Kemudahan penginapan, kereta sewa dan sebagainya disediakan dengan harga yang berpatutan.

Antara tempat-tempat menarik di Kelantan ialah

1. Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu
2. Lata Beringin, Kuala Krai
3. Muzium Kraftangan, Kota Bharu
4. Kota Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (Berhampiran muzium dan masjid Muhammadi)
5. Masjid Muhammadi
6. Masjid Jubli Perak Sultan Ismai (masjid Beijing), Rantau Panjang
7. Muzium Islam, Kota Bharu
8. Gelanggang Seni, Kota Bharu
9. Muzium Perang Bank Kerapu
10. Pantai Tok Bali, Pasir Puteh
11. Muzium Diraja Istana Batu, Kota Bharu
12. Pantai Sri Tujuh,, Tumpat
13. Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu
14. Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
15. Uptown Kota Bharu, Kota Bharu
16. Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh
17. Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
18. Muzium Adat Istiadat, Kota Bharu
19. Pantai Irama Bachok, Bachok
20. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
21. Tasik Danau To' Uban
22. Tasik Kwong, Tanah Merah
23. Pantai Geting, Tumpat
24. Muzium Wau, Tumpat
25. Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh
26. Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh
27. Air Terjun Jeram Linang, Machang
28. Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang
29. Kolam Air Panas Labok, Machang
30. Tasik Pergau, Jeli
31. Bukit Bunga, Tanah Merah
32. Air Terjun Lata Hujan
33. Taman Negeri Gunung Stong, Kuala Krai
34. Air Terjun Jelawang, Kuala Krai
35. Gua Ikan, Kuala Krai
36. Lata Rek, Kuala Krai
37. Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang
38. Gua Madu, Gua Musang

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati jika berkunjung ke Kelantan. Apa yang pasti pelbagai makanan tempatan boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan. Semoga entri yang ditulis ini dapat memberi gambaran kepada semua jika ada yang ingin berkunjung ke Negeri Che Siti Wan Kembang.

Jika ada yang berkunjung ke Kelantan jangan lupa untuk mencuba Nasi Ulam Cikgu di berhampiran masjid Muhammadi, Nasi Paku, Nasi Kukus dan sebagainya. Jika ingin makan budget yang murah jangan lupa makan nasi air dingin yang pasti memikat selera pengunjung yang datang ke sini. Walaupun Kelantan masih lagi dalam proses membangun, namun saya pasti kedatangan anda ke sini dapat menambah pengalaman. Sekian

-Huzaini Ismai-

Shopping online di sini Mpire One Online Shop

Previous Post Next Post