Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin memaklumkan bahawa warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan termasuk dalam kategori-kategori Pengundi Pos Dalam Negara sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh SPR, boleh memohon undi pos mulai 19 Februari 2018 (Isnin).
Kategori mereka yang layak untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos adalah mereka disahkan oleh majikan yang perlu bertugas pada hari mengundi adalah seperti berikut:
a) Petugas Pilihan Raya
b) Polis dan Tentera (yang tidak dapat hadir mengundi awal)
c) Petugas Media
d) Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
e) Anggota Jabatan Penjara Malaysia
f) Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
g) Anggota dan Petugas Jabatan Kesihatan (Hospital dan Klinik Kerajaan sahaja)
h) Anggota Sukarelawan Polis (PVR)
i) Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM),
j) Anggota Jabatan Imigresen Malaysia,
k) Anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
l) Anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sahaja).
Muat turun kenyataan media di bawah.