Doa Melunaskan Hutang Dan Dicukupkan Rezeki


[Allahummakfini bihalalika 'an haromik, wa aghnini bifadlika 'amman siwak]
.
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak meminta kepada selain-Mu.”

Setiap dari kita tidak lari dari berhutang sama ada hutang perumahan, hutang kereta, hutang pendidikan atau pun hutang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. Kebanyakkan pinjaman perumahan mempunyai takaful.

Bagaimana pula jika kita berhutang dengan seseorang namun kita tidak membayarnya? Jadi saya kongsi kan doa untuk melunaskan hutang dan diberi kemudahan bagi kita untuk menyelesaikan hutang-hutang.

Jangan lupa, walaupun kita berdoa supaya hutang kita dilunaskan namun kita perlu juga berusaha juga untuk dengan apa juga cara untuk melangsaikan hutang kita. Kita tidak mahu jika kita mati nanti segala kebaikkan yang kita buat akan diberi kepada orang yang memberi kita hutang. Sama-sama lah kita memperingatkan keluarga kita, kawan kita berkaitan dengan hutang ini.


Doa Melunaskan Hutang


Doa Banyak Hutang

Tengok video di bawah berkaitan dengan hutang



Rujukan: https://petunjukislamblog.blogspot.my
Previous Post Next Post