Image by Men Fitness
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit)
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.
Antara sebab mengapa muka berjerawat ialah
1. Memicit jerawat
Memicit jerawat akan menyebabkan jerawat semakin bertambah sehingga memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan kesan parut yang berkekalan
2. Tidak membersihkan peluh di muka
Peluh yang keluar perlulah dibersihkan dahulu kerana peluh akan menyerap ke dalam kulit dan menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Ini akan menyebabkan jerawat semakin bertambah
3. Makan makanan berminyak
Makanan berminyak juga adalah faktor jerawat semakin bertambah. Diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak akan mengurangkan jerawat.
4. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Penggunaaan kosmetik yang dibuat daripada minyak akan menyebabkan kulit semakin berminyak dan menambah bilangan jerawat. Pastikan menggunakan kosmetik yang oil-free bagi menghalang pertumbuhan jerawat
5. Membersihkan muka terlalu kerap
Membersihkan muka terlalu kerap juga akan menyebabkan jerawat semakin tumbuh dengan banyak. Membersihkan muka dengan cara yang salah akan menyebabkan jerawat semakin bertambah.
6. Menggunakan scrub yang kasar terlalu kerap
Penggunaan scrub yang kasar setiap hari juga akan meningkatkan pertumbuhan jerawat. Scrub perlu digunakan 1-3 kali sahaja seminggu.
7. Penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit
Pencuci muka yang tidak sesuai boleh menyebabkan jerawat semakin bertambah. Pastikan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kita sama ada kulit berminyak, kering dan sebagainya.
8. Perubahan hormon dalam badan
Perubahan hormon dalam badan terutamanya remaja yang akil baligh, wanita mengandung akan menyebabkan jerawat tumbuh.
Kongsikan maklumat ini untuk pengetahuan semua. Join juga website baru kami https://www.jomlahshare.com