Sebelum saya kupas berkaitan isu Pedophilia ini jom kita tengok apakah maksud pedophilia yang sebenarnya..
Apa itu Pedophilia?
Pedophilia or paedophilia is a psychiatric disorder in which an adult or older adolescent experiences a primary or exclusive sexual attraction to prepubescentchildren. Pedophilia is termed pedophilic disorder in the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), and the manual defines it as a paraphilia involving intense and recurrent sexual urges towards and fantasies about prepubescent children that have either been acted upon or which cause the person with the attraction distress or interpersonal difficulty - wikipedia
Gejala pedophilia semakin berleluasan di seluruh dunia dan sekarang gejala ini sudah merebak di Malaysia. Isu pedophilia ini bukannya isu yang baru, tetapi isu ini telah lama berlaku dan tiada sebarang tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi mencegah isu ini. Tambahan lagi dengan dunia semakin moden, kemunculan gadget-gadget yang canggih menyebabkan gejala ini semakin berleluasan. Selamatkah anak kita pada hari ini? Terutamanya anak-anak perempuan.
AWAS!! Kepada ibubapa di luar sana yang suka upload gambar-gambar anak di media sosial mungkin perlu berwaspada terhadap ancaman gejala pedophilia ini. Mungkin gambar anak-anak kita menjadi bahan untuk memuaskan nafsu seks bagi pedophilia. Perkongsian gambar-gambar anak melalui Facebook kadang kala akan mengundang bahaya tersendiri jika setting privacy facebook kita di set untuk public. Mungkin selamat jika kita mengubah setting facebook kepada PRIVATE dan hanya kawan-kawan sahaja yang boleh melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh kita.
Bagi #kickstory, saya akan berkongsi gambar anak saya hanya apabila anak saya bergambar dengan saya sahaja. Sebelum ini #kickstory pernah berkongsi gambar anak yang bergambar secara individu tetapi apabila melihat gejala pedophilia ini semakin berleluasan, langkah berjaga-jaga perlu di ambil terutamanya melibatkan anak perempuan. Tidak salah untuk berkongsi gambar anak-anak tetapi kita sebagai ibubapa perlu berwaspada tentang kemungkinan bahaya yang akan berlaku.
Melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Puan Nur Luna Ashikin dan Auni Ameeramelalui facebook sudah jelas menunjukkan gejala pedophilia di negara kita semakin bercambah dari hari ke hari. SHARE jika artikel ini bermanfaat.
Kredit gambar: Puan Nur Luna Ashikin dan Auni Ameera
Baca juga Fakta Tentang Pedofilia
Baca juga Statistik Penderaan Seksual Kanak-Kanak