6 Perkara Negatif Yang Dilakukan Oleh Penghuni Flat

Sumber Gambar: Facebook

Kehidupan di flat, apartment atau kondominum sangat berbeza berbanding hidup di rumah teres atau banglo. Kebanyakkan penghuni flat sangat mementingkan diri sendiri tanpa pedulikan jiran-jiran yang lain. Ini berdasarkan pengalaman saya sepanjang tinggal di flat. Bukan niat untuk mengecam, tetapi berkongsi pendapat terutama beberapa hari yang lepas berlaku insiden kematian pelajar tingkatan 3 yang terkena kerusi yang dibaling dari tingkat atas sebuah rumah flat.


Insiden ini boleh dielak jika kesedaran sivik di kalangan penghuni-penghuni rumah flat dapat diterap. Kebanyakkan kes yang dilaporkan berlaku di rumah flat berbanding kondominium ini kerana kesedaran sivik di kalangan penghuni kondominium adalah tinggi kerana kebanyakkan dari mereka adalah golongan berpelajaran dan berpendapatan tinggi. Hal ini juga tidak berlaku di kondominium kerana penghuni di kondominium ada perkhidmatan logistik dan penyelengaraan yang baik berbanding di flat.

Pada pendapat saya, antara 6 perkara negatif yang dilakukan oleh penghuni flat ialah;


1) Buang sampah merata-rata termasuk membaling sampah dan sisa makanan dari tingkap sehingga merosakkan harta awam, penyebab berlakunya pembiakan tikus dan nyamuk.

2) Menjadikan laluan umum di hadapan rumah sebagai hak sendiri dengan meletakkan segala peralatan seperti rak kasut, mesin basuh dan sebagainya.

3) Mengacau peti surat jiran-jiran yang lain (kebanyakkan dilakukan oleh kanak-kanak dan remaja)

4) Memasang muzik terlalu kuat sehingga menganggu penghuni-penghuni yang lain pada waktu malam

5) Parking motor dengan tidak tersusun sehingga menyukarkan orang lain untuk keluar manakala parking kereta secara "double park" dengan tidak menurunkan hand-break dan tidak meletakkan sebarang nombor telefon untuk dihubungi.

6) Banyak remaja-remaja lepak di tangga sambil menghisap rokok dan menganggu penghuni-penghuni lain semasa menggunakan tangga.


Di atas adalah sebahagian sahaja perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh penghuni flat. Banyak lagi perkara yang negatif yang dilakukan dan sama-samalah kita fikir bagaimana untuk menjaga kebersihan flat dan mengelakkan dari ancaman penyakit.


Previous Post Next Post