Jual Sosej Cheese Pun Boleh Jadi Kaya?



Rezeki setiap manusia  yang dikurniakan oleh ALLAH SWT mungkin berbeza..Namun perbezaan itulah yang menyebabkan mereka berusaha untuk mencapai kemajuan diri dalam berbisnes dan mencapai kejayaan.

Jual Sosej Cheese Pun Boleh Jadi Kaya? Ya..Jual sosej pun boleh kaya jika berusaha. Saya ada bertanya kepada seorang penjual di pasar malam adakah untung berniaga sosej cheese dan ayam goreng? Mereka berkongsi pengalaman ini terutama kepada pemuda-pemudi yang ingin memulakan bisnes kecil-kecilan tanpa memerlukan modal yang besar. 

Bagi memulakan perniagaan, mulalah dengan menjual di pasar malam bertujuan ingin mencari pengalaman dan menarik hati pelanggan. Pastikan kualiti makanan adalah yang terbaik seperti kesegaran, kebersihan dan sebagainya.

Berapa modal dan untung melalui penjualan sosej cheese? Penjual kongsikan pengalaman mereka.

Harga sosej Cheese (Saiz besar) = RM7.99/10 batang sosej
Harga jual 1 sosej = RM3.50
Untung jual = RM 3.50 x 10 batang = RM35
Untung bersih (sebelum tolak kos penyediaan) = RM35 - RM7.99 = RM27

Bayangkan jika sehari dapat jual 50 batang sosej? RM175 kan? Kalau sebulan? 

*Harga sosej berbeza mengikut tempat/lokasi/pasaraya


So, kepada pemuda-pemudi yang tak nak bekerja yang mengharapkan BRIM sahaja bolehlah mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Apa yang penting, berdoa kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki. 

p/s: Jangan disangka penjual di pasar malam tak kaya. Saya pernah jumpa penjual di pasar malam mempunya bunglow yang besar dan kereta mewah hasil dari peniagaan yang kecil-kecilan.
Previous Post Next Post