Block Scammer dan Spammer Guna Truecaller

Picture: Google

Sekarang ini kita lihat banyak kes-kes di Malaysia terutamanya melibatkan aktiviti penipuan (scammer) yang melibatkan jumlah wang yang banyak melalui telefon, mesej dan sebagainya.

Ramai pengguna telefon tidak menyedari bahawa mereka di tipu dengan sindiket yang menyamar sebagai orang yang dikenali. Scammer ini akan menyamar sebagi pegawai bank, peguam, sanak saudara dan sebagainya. Kegiatan licik scammer ini tidak dapat dikesan kerana ada di antara mereka menggunakan private nombor bagi menghubungi mangsa.



Mangsa yang percaya akan kata-kata scammer ini akan memindahkan wang yang dituntut ke akaun pihak ketiga. Penipuan ini banyak berlaku dan terus berlaku jika rakyat Malaysia tidak peka terhadap isu ini.

Sebenarnya ada aplikasi percuma dalam playstore iaitu TrueCaller tetapi  tidak ramai yang install aplikasi ini kerana tidak tahu fungsi TrueCaller ini. Aplikasi ini sebenarnya perlu di install pada setiap telefon supaya scammer dapat dikesan. Fungsi TrueCaller ini akan memaparkan nombor-nombor scammer di skrin telefon. Jika nombor yang dilabel sebagai scammer keluar, kita perlu putuskan talian tersebut dengan segera bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Contoh nombor scammer yang selalu membuat penipuan beberapa mangsa. 


Kita juga boleh menyemak sama ada nombor yang menghubungi kita adalah scammer atau tak dengan melayari https://www.truecaller.com . Taip nombor telefon dan search. Sahkan sama ada nombor yang hubungi kita sama ada scammer atau tak. Selamat mencuba.

Sudah install True Caller? SHARE maklumat ini untuk pengetahuan semua.. 

Download via playstore
Previous Post Next Post