Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya Tahun 2018


Sumber: KPM


PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SMKA PUTRAJAYA (SEKOLAH KAWALAN) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KELAS KAWALAN) WP PUTRAJAYA 2018

SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

SMKA Putrajaya No 1, Jalan P11C, Presint 11, 62300, Wilayah Persekutuan Putrajaya 

KELAS KAWALAN WP PUTRAJAYA Kelas Aliran Agama (KAA) (Penempatan KAA adalah mengikut alamat murid)
1. SMK Putrajaya Presint 8(1) 
2. SMK Putrajaya Presint 9(2) 
3. SMK Putrajaya Presint 11(1) 
4. SMK Putrajaya Presint 16(1) 
5. SMK Putrajaya Presint 18 (1) 

PERMOHONAN BAGI MURID PUTRAJAYA
1. Dapatkan borang permohonan dari guru kelas sekolah rendah masing-masing. 
2. Isi dan hantar borang untuk guru membuat pengesahan di dalam sistem APDM 
3. Tarikh/tempoh: 20 September 2017 – 29 Oktober 2017

PERMOHONAN BAGI MURID LUAR PUTRAJAYA
1. Isi borang atas talian melalui laman http://jpwpp.moe.gov.my/v2/ 
2. Tarikh pengisian: Selepas keputusan UPSR diumumkan (minggu kedua November 2017)

TEMUDUGA DAN UJIAN SARINGAN HAFAZAN 
Calon-calon yang layak akan dipanggil menghadiri temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan (bagi SMKA) pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak JPWPP. 

SEMAKAN KEPUTUSAN 
20 Disember 2017 Melalui laman http://jpwpp.moe.gov.my/v2/

RAYUAN BAGI CALON YANG TIDAK BERJAYA 
1. Isi borang atas talian melalui laman http://jpwpp.moe.gov.my/v2/ 
2. Tarikh pengisian: 21-31 Disember 2017 

SYARAT DAN PERATURAN AM PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SMKA PUTRAJAYA DAN KELAS ALIRAN AGAMA 2018
Pencapaian minimum UPSR 3A 3B 
i. Cemerlang di dalam Ujian Program j-QAF & UPKK/UPSRA 
ii. Boleh membaca Al-Quran dan tulisan Jawi dengan baik. 
iii. Syarat tambahan bagi permohonan ke SMKA Putrajaya: 
      i. Lulus temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan

Muat turun iklan permohonan di bawah




Previous Post Next Post