Hampir DiSaman.....
Bercerita tentang hampir di saman ini membuatkan saya banyak belajar tentang cabaran hidup bahawa ilmu adalah duit. Tanpa duit, tak adalah ilmu. Itu yang saya boleh simpulkan.
Kronologi Kes Saman
Saya hampir disaman apabila menyiarkan satu link muat turun bahan pembelajaran. Link muat turun tersebut saya perolehi dari salah satu blog pendidikan yang famous. Tanpa menyemak hak cipta bahan tersebut, saya telah berkongsi link muat turun bahan tersebut di blog saya dan menyebabkan saya hampir disaman.
Sebenarnya link muat turun bahan tersebut sudah banyak tersiar di blog2 pendidikan. Lagipun bahan tersebut, apabila disemak adalah kurikulum yang lama dan bukannya KSSR. Permohonan maaf telah saya buat kepada pemilik asal hak cipta tersebut.
Daripada kes ini, saya banyak belajar bahawanya ilmu bukan untuk dikongsi dengan percuma. Banyak daripada kita bercakap "ajarlah biar pun sepotong ayat". Namun itu hanyalah indah khabar dari rupa. Dunia sekarang tidak semuanya FREE..
Sekarang ini, perkongsian yang dibuat diblog saya adalah hak milik saya dan orang lain dengan meminta keizinan terlebih dahulu...
Pensyarah saya dari United Kingdom pernah berkata, jika tak mahu berkongsi bahan atau ilmu sila simpan sahaja ilmu untuk kegunaan kamu sendiri. Tak perlu berkongsi di media....
p/s:Ilmu untuk dikongsi...
Bahaya juga kalau kita siarkan sumber2 yang kita sendiri tak tahu ada copyright or tak. Kena sentiasa alert tentang perkara ni.
ReplyDeleteJangan lupa singgah ariazir.blogspot.com
betul tu..kalau nk siarkan apa2 bahan/gmbr pastikan x ada copyright
Deleteso much to learn, thanks for sharing. I reviewed a product on my blog and the sender ask me can copy my whole blog post or not for the product to her website. I say NO.
ReplyDeleteMemang perlu berhati hari masa tulis artikel.. Sy pun kadang kadang risau juga..
ReplyDelete