Banjir Sekitar Pulau Pinang. Salah Siapa?


Hujan  masih tidak behenti sejak dari pagi tadi. Semasa mahu ke tempat kerja, saya juga teperangkap dalam traffic jem di area Bayan Baru disebabkan banjir. 2 kilometer mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi. Ini disebabkan limpahan air dan menyukarkan kereta untuk bergerak dengan lancar. 

Musibah banjir ini, memberi peringatakan kepada kita tentang bertapa lekanya kita sebagai manusia dengan tidak mempedulikan kemusnahkan alam sekitar seperti pembangunan tanpa dirancang, pembuangan sampah merata-rata dan sebagainya. 

Tuduh menuduh dalam mencari siapa salah tentang kejadian banjir ini bukan satu penyelesaian yang baik.. Sepatutnya kita muhasabah diri dan berfikir kenapa banjir ini berlaku? Sebagai rakyat sama-samalah kita menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di dalam longkang. 

Tabahlah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakkan harta benda. Mungkin ini ujian untuk kalian. Bersabarlah dalam dugaan ini. 



{وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ، أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ}
Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi,” mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar” (QS al-Baqarah:11-12)
Jom lihat gambar-gambar banjir sekitar pagi tadi

Sumber: Facebook










Previous Post Next Post