Jom kenali apa itu Dashboard Blog. Dashboard blog ni hanya admin sahaja yang boleh lihat untuk post entry, check traffic, setting blog dan sebagainya.
Post - Untuk post entry blog/penulisan kita
Stats - Untuk melihat jumlah traffic atau pengunjung yang singgah di blog kita
Comments - Untuk melihat sesiapa komen di entry blog kita
Earnings - Untuk menjana duit melalui Google Adsense. Sebelum sign up Google Adsense pastikan blog sentiasa aktif, umur blog melebihi 6 bulan dan entry blog lebih dari 20 posts.
Pages - Untuk bina pages berasingan yang tidak bercampur dengan entry blog. Biasanya pages ini digunakan untuk buat About Us, Contact Us, Privacy, Policy, Disclaimer dan sebagainya
Layout - Untuk edit paparan yang akan muncul di blog sama ada dengan menggunakan code plugin
Theme - Untuk edit atau menukar templates blog yang sesuai dengan kita. Lain orang lain citarasa
Setting - Untuk set jumlah post yang akan muncul di blog, untuk menukar domain blog dan sebagainya.
KLIK [Blog] Cara Posting Entry Blog