Syurga Kasih


Setiap orang di uji dengan ujian yang berbeza. Ada yang hidup senang dan ada yang hidup susah..Jika kita rasa kita susah, sebenarnya ada orang lain yang lebih susah dari kita. Segala ujian yang diterima oleh kita terpaksa diharungi demi kelangsungan hidup. Apa yang penting adalah doa, berusaha dan tawakal. Di bawah adalah kisah suka duka hamba Allah yang mengharungi keperitan hidup seperti yang diceritakan oleh Natipah Abu.

Terima kasih kpd Puan Natipah Abu kerana menyedarkan rakyat Malaysia bahawa banyak lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam kesusahan. Sama-samalah bantu rakyat kita yang memerlukan pertolongan. 

Sumber: https://www.facebook.com/Pahtiepah
Saat mendapat gambar pondok itu..soalan pertama Kak Pah kepada sahabat...

" Ini rakyat Malaysia kah ? " .
Sebabnya....kami di utara sering melihat pondok yg sebegini dihuni oleh pekerja asing yg mengambil upah menoreh getah.
Setelah berpuashati dgn latar belakang penghuni pondok ini termasuk dari butiran kad pengenalannya....barulah Kak Pah menghubungi LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH.
Melangkah naik ke pondok yg sgt bersih dan tersusun rapi ini...hati merasa sgt insaf. Dlm keadaan serba kekurangan ...pondok itu ttp ditata hias dgn kemas.
Benarlah telahan Kak Pah...ini bukan pondok...tapi inilah MAHLIGAI dan SYURGA KASIH yg dipersembahkan oleh sang suami yg buta huruf buat isteri tercinta dgn tulang empat keratnya dari rezeki yg halal dgn menoreh getah dan memesin rumput.
Mereka hidup dlm keadaan serba kekurangan. ....sgt kurang. Tanpa bekalan air ataupun letrik sejak setahun yg lalu. Sebelum ini mereka menumpang di rumah kosong di kg tersebut....tetapi kerana tuannya sudah kembali ke kampung dan ingin menduduki rumah itu...mereka terpaksa berpindah.
Ketika kami sampai ...kami disambut siisteri yg berdiri di muka pintu. Sedihnya apabila terpandang ke arah seluarnya yg koyak tanpa disedarinya mungkin.
Setelah ditegur salah seorang dr kami demi menjaga auratnya ....dia pun mengenakan sehelai kain batik....dan tanpa dia sedar juga....kain batik itu juga terkoyak.
Kami terdiam dan saling berpandangan....sebaknya hati tidak terucap. Si suami pula...memakai seluar yg sudah berlubang di kaki menampakkan betisnya. Begitulah sgt kekurangannya pasangan ini.
Biarpun pakaiannya lusuh dan koyak....tetapi bersih. Tiada langsung bau yg tidak menyenangkan dlm pondok itu.
Yg pasti ....kebahagiaan mereka tidak ada kekurangannya. Wajah yg tenang dan bersih.. Tiada secalit pun kesedihan atau rintihan ttg kekurangan mereka.
Mereka mendirikan rumahtangga enam tahun yg lalu...ketika si isteri br berusia 17 tahun dan suami pula 28 thn atas dasar pilihan keluarga.
Mereka hanya dianugerahkan zuriat penyambung kasih setelah 5 thn menanti....
Alhamdulillah ...pihak LZNK telah bersetuju menimbangkan bantuan rumah di bawah skim baik pulih rumah buat pasangan ini yg mana nanti akan didirikan sebuah rumah dgn satu bilik .
Hebatnya pasangan.....betapalah kayanya jiwa insan terpilih ini yg tetap bersyukur dgn apa yg telah Allah S.W.T anugerahkan selama ini.
Amanah sedekah dan zakat para sahabat di sini juga telah Kak Pah sempurnakan.
Terima kasih kepada penduduk tempatan yg sudi bersama Kak Pah dan rakan-rakan tadi.
Bagi yg ingin menghadiahkan pasangan ini baju raya....( isterinya saiz 'S' suami 'M' dan bayi lelaki mereka -1 thn) Kak Pah mengalu-alukan pakaian BARU SAHAJA ...atas dasar belas ehsan yg amat sgt kepada mereka. Utk makluman, mereka juga tiada sebarang acc simpanan.
Kiriman pakaian blhlah dipos ke alamat:-
Natipah Abu- SYURGA KASIH.
Pertubuhan Anak Yatim Kuala Muda,
Kg Che Bema,
Sg Layar Hujung
08000 Sg Petani, Kedah.
Semoga Ramadhan ini membawa barakah dan seribu makna buat insan terpilih ini.....



Previous Post Next Post