Sumber gambar: Berita Daily
Isu buli pada baru-baru ini membuka mata pelbagai pihak tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar yang melibatkan isu keganasan buli. Mungkin bagi sesetengah pihak, buli ini dianggap perkara yang tidak penting namun hakikatnya buli ini adalah penderaan mental dan fizikal yang teruk sehingga menyebabkan trauma kepada mangsa. Ada kes buli juga melibatkan kematian seperti kes ZulFarhan
Pelbagai pihak saling menuduh dalam kes buli yang melibatkan kematian ini. Ada yang mengatakan bahawa guru yang perlu bertanggungjawab dalam membuat pemantauan kes buli ini. Hakikatnya kes buli ini adalah dari hasil didikan di rumah. Jika pelajar kurang kasih sayang, maka kes buli ini akan berlaku. Trend sekarang ibubapa memberi tugas mendidik sepenuhnya kepada guru. Jika guru mendidik dengan kekerasan seperti rotan untuk mengajar anak mereka, guru juga akan dipersalahkan dan disaman. Di sini kita lihat siapa yang salah? Sudah tentu ibubapa kerana terlalu memanjakan anak mereka.
Bagi kes buli ZulFarhan dilihat adalah kes yang begitu kejam dan tidak berperikemanusian. Kickstory berharap, pembuli kes ini dikenakan hukuman setimpal di atas kesalahan yang dilakukan. Takziah kepada keluarga yang terlibat kes buli ini.