Bersederhana Di Hari Raya


Bersederhana Di Hari Raya. Sekarang ni musim perayaan dan kita lihat pengunjung memenuhi pasaraya-pasaraya besar untk mencari keperluan berhari raya. Setahun sekali hari raya kunjung tiba, pengunjung mengambil kesempatan membeli belah keperluan termasuk barang makanan, baju raya, langsir dan sebagainya. Semuanya serba baru.

Bersederhanalah dalam berbelanja dan ukurlah baju di badan sendiri. Kita lihat ada sesetengah orang semua serba baru dengan pakaian sedondong satu keluarga. Bukan sekadar sedondong tetapi pakaian berhelai-helai. Tak salah tetapi lihatlah atas kemampuan kita. Kita tak nak lepas raya, timbul pembaziran dan tidak cukup duit untuk meneruskan hidup sebulan kemudian. Mulalah tradisi mulut manis meminjam dari keluarga dan kawan-kawan..

Kickstory pesan, berbelanjalah ikut kemampuan. Kita tak mahu jadi sehari meriah, sebulan merana kerana terlebih berbelanja. Jangan lupa BERSEDEKAH di bulan yang mulia ini, kerana bersedekah adalah jalan untuk murahkan rezeki kita. 


Tips penting

# jangan lupa bayar zakat fitrah
# beli barangan keperluan yang ada promosi seperti pakaian
# simpan duit untuk kegunaan selepas raya sebelum berbelanja untuk hari raya
# bersedekah kepada ahli keluarga, anak yatim, orang susah, badan kebajikan dan lain-lain
# kurangkan membuat tempahan makanan seperti biskut raya, sate dan sebagainya (masak sendiri jika mahir)
# sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki
# jangan lupa servis kereta untuk balik kampung k


Previous Post Next Post