Apa kaitan website atau blog dengan bisnes? Ramai yang bertanya kepada kickstory apa kepentingan perlu ada blog atau website untuk berniaga? Sedangkan boleh menggunakan media sosial untuk promote bisnes yang kita jalankan.
Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berkaitan dengan bisnes dengan website. Antara mengapa perlu blog atau website apabila menjalankan bisnes ialah...
Dengan adanya blog atau website kita boleh backup segala butiran perniagaan yang kita jalankan. Cuba kita tengok mengapa industri besar di luar negara mempunyai website sedangkan mereka adalah industri yang besar? Hal ini sangat penting dalam membuat marketing plan dan backup segala urusan perniagaan mereka. Oleh itu, syarikat besar bukan sahaja menggunakan platform media sosial sahaja tetapi menggunakan website sebagai strategi promosi perniagaan mereka. Mengapa wujudnya online store seperi ZALORA, LAZADA, EBAY jika media sosial lebih penting?
Selain itu, dengan adanya website, kita boleh merujuk segala entri yang pernah kita pos di media sosial. Oleh itu jika suatu hari nanti media sosial seperti FB, Instagram telah tiada sekurang-kurangnya kita masih ada website untuk dirujuk...Jika dilihat dahulu banyak media sosial seperti MySpace, Tagged, friendster dan sebagainya telah tiada sehingga kita kehilangan segala data seperti gambar yang telah kita upload suatu ketika dahulu.
Bersambung.....