Kepada adik, kakak, abang, mak, ayah yang pandai melukis doodles tu bolehlah menyertai pertandingan mencipta doodle oleh Antabax. Hadiah lumayan menanti.
Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2016
Baca terma dan syarat pertandingan sebelum menyertai pertandingan ini. Layari Facebook Antabax untuk maklumat lanjut.
https://www.facebook.com/NewAntabax/home
Contoh
Terma dan Syarat
1) Pertandingan ini dibuka kepada penduduk Malaysia, berumur 7 tahun dan keatas kecuali staff Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan agensi berkaitan termasuk ahli keluarga terdekat.
2) Pertandingan bermula dari Jun 2016, hingga 30 September, 2016. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut adalah tidak layak.
3) Penganjur berhak menukar jangkamasa, terma dan syarat pertandingan tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan peserta wajib mengikut terma dan syarat yang telah diubah.
4) Doodle yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Penting! Sila Baca
5) Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu ‘LIKE’ Laman Facebook Antabax.
6) Peserta perlu menghasilkan karya doodle yang asli (original) menggunakan kertas bersaiz A4 yang berukuran 21cm x 29.7cm dan dilukis dengan tangan (hand-drawn) menggunakan pen hitam sahaja dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% dari kertas tersebut. Hasil karya menggunakan perisian komputer, aplikasi pengubahsuaian seperti Photoshop, Illustrator, Filter dsb. adalah dilarang.
7) Peserta dilarang meniru atau mengambil karya hak milik orang lain. Sekiranya pihak penganjur mengenal pasti karya ditiru, penyertaan peserta terbabit akan dibatalkan.
8) Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemilik asal hak kreatif karya mengambil tindakan undang-undang keatas peserta yang meniru.
9) Sekiranya dua peserta mengemukakan hasil karya yang sama (identical), pihak penganjur akan menyiasat dan sekiranya tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal karya, penyertaan kedua-dua peserta akan dibatalkan.
10) Pertandingan ini terbuka kepada empat kategori
- Sekolah rendah (7 tahun – 12 tahun)
- Sekolah menengah (13 tahun -17 tahun atau 18 tahun untuk Sekolah Menegah Cina)
- Institusi Pengajian Tinggi (pelajar Kolej atau Universiti berumur 18 tahun ke atas)
- Peserta haruslah sah berdaftar sebagai pelajar di institusi pendidikan dan pengajian tinggi ketika pertandingan berlangsung.
- Pihak penganjur berhak mengesahkan status pelajar peserta dengan institusi-institusi berkenaan.
- Terbuka (21 tahun ke atas)
Cara untuk Menyertai
11) Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu‘LIKE’ Laman Facebook Antabax.
12) Lukis doodle anda mengikut tema, Cergas Bersama Antabax. Pastikan nama/tandatangan anda tertera dengan jelas pada karya anda.
13) Pastikan logo rasmi Antabax dilukis jelas di bawah, sebelah kanan doodle anda, tidak besar dari ukuran 4cm x 2cm.
14) Scan atau ambil gambar doodle anda. Pastikan ia jelas.
15) Muat naik ‘Doodle’ anda ke Laman Facebook rasmi Antabax berserta maklumat peribadi seperti nama, umur, alamat emel dan nama sekolah atau Institut Pengajian Tinggi (sekiranya masih bersekolah), dan pihak Antabax akan memindahkan penyertaan ke album yang bersesuaian dengan kategori anda masing-masing.
16) Anda boleh memuat naik seberapa banyak hasil karya– setiap satunya haruslah berlainan dan tidak diulangi (no repeats).
17) Walaubagaimanapun, hanya SATU hasil karya dari setiap peserta akan dipilih untuk menduduki 20 tempat teratas bagi setiap kategori.
18) Sila SHARE penyertaan dan tag LIMA kawan-kawan anda di laman sosial dan ajaklah ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengundi (‘like’) hasil karya yang telah dihasilkan.
19) Peserta juga perlu menyatakan bersama penyertaan, mengapa karya mereka layak dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
20) Peraduan dibuka kepada empat kategori, iaitu,
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah dan
- Kolej/Universiti IPTA dan IPTS
- Terbuka
21) Ditahap ini, pihak penganjur akan mengesahkan status pelajar, keaslian karya dan sekiranya perisian pengubahsuaian telah digunakan.
22) Sekiranya mana-mana peserta melanggar syarat-syarat ini, penyertaannya akan dibatalkan dan peserta lain, yang layak, akan dicalonkan.
23) 20 penyertaan akan dipilih dari setiap kategori (berdasarkan 50% undian ‘like’ di laman Facebook Antabax dan 50% penilaian oleh hakim pertandingan) untuk menduduki tempat teratas.
24) Hakim pertandingan akan menilai penyertaan berdasarkan kreativiti, konsep, bakat, dan teknik yang digunakan peserta untuk membuat hasil karya Doodle.
25) Dari 20 karya tersebut, pemenang Tempat Ke-1, Tempat Ke-2, Tempat Ke-3 dan 17 pemenang hadiah saguhati akan dipilih.
26) Hasil karya mesti dihasilkan dengan kertas bersaiz A4 berukuran 21cm x 29.7cm bersama dengan nama/tandatangan dan logo rasmi Antabax.
27) Pihak penganjur berhak mengunakan gambar peserta,nama, imej dan hasil karya, maklumat peribadi (umur, lokasi peserta) dan nama sekolah atau Institut Pengajian Tinggi untuk tujuan promosi.
28) Semua hasil karya yang telah dihantar akan menjadi milik sepenuhnya pihak penganjur.
29) Pihak penganjur berhak mengeluarkan, menambah, atau meminda sebarang Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
30) Hanya hasil karya yang telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Antabax (www.facebook.com/NewAntabax) berserta butiran yang lengkap akan diambil kira. Penyertaan yang dimuat naik selain dari Facebook rasmi Antabax atau melalui pos dianggap tidak layak.
31) Hakim berhak untuk tidak mengambil kira penyertaan yang bukan dianggap Doodle dari pihak hakim.
Hadiah-Hadiah!
32) Pemenang hadiah utama untuk setiap kategori akan menerima:-
- 1x hadiah utama wang tunai bernilai RM3,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
- 1x tempat ke-2 wang tunai bernilai RM1,500 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
- 1x tempat ke-3 wang tunai berniali RM800 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
- 17x hadiah sagu hati wang tunai RM100 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
- Jumlah hadiah keseluruhan pertandingan bernilai RM28,000.
33) Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang aduan tidak akan dilayan.