Tawaran Biasiswa Penajaan SEAMEO SEARCA

Tawaran biasiswa penajaan SEAMEO SEARCAGraduate Scholarship (2017-2018).


Sumber: KPM

Tuan/Puan,
Dengan segala hormat saya diarah merujuk perkara di atas.
2.      Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM telah menerima penawaran daripada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), berkenaan tawaran biasiswa penajaan SEAMEO SEARCAGraduate Scholarship (2017-2018).  
3.       Tawaran biasiswa tersebut menawarkan biasiswa (MS dan PhD) dalam bidang pertanian bagi tahun akademik bermula 2017-2018. Tawaran ini terbuka untuk warga negara-negara anggota SEAMEO yang merupakan kakitangan tetap institusi akademik atau penyelidikan atau agensi-agensi kerajaan
4.        Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:
  1. Berumur tidak melebihi berumur tidak melebihi 35 (MS) dan tidak melebihi 40 (PhD) tahun semasa permohonan;
  1. Terbuka kepada guru/pegawai-pegawai kerajaan;
  1. Cadangan penyelidikan tesis perlu memberi fokus kepada tema menyeluruh SEARCA bagi pembangunan inklusif dan mapan pertanian dan luar bandar (Isard) tetapi tidak terhad kepada orang-orang yang berada di bawah kelompok program berikut:
  1. Sains pertanian / biologi
  2. Sains Sosial
  3. Ekonomi dan Perniagaan Tani
  4. Perhutanan dan Perikanan
  5. Sains alam Sekitar
  6. Agro-industri Teknologi dan Kejuruteraan
5.        Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah membaca dan mengisi borang permohonan yang boleh didapati daripada alamat URL http://www.searca.org/index.php/scholarship/graduate-scholarship dengan teliti sebelum membuat permohonan. Borang permohonan hendaklah dimuat turun dan dicetak, borang yang telahlengkap diisi hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Julai 2016 (Jumaat) jam 5:00 petang kepada:
            5.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)                        
   Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
   Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   PUTRAJAYA.

            5.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
                        Sektor Dasar Keguruan,
                        Bahagian Pendidikan Guru,
                        Kementerian Pendidikan Malaysia,
                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                        62604 PUTRAJAYA.
6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut:
  BPSM
         i.         Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel                  :           03-8884 7943
E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my
                    Faksimile       :           03-8884 7925
       ii.          Puan Paridah binti Ali
Tel                  :           03-8884 7947
E-mel             :           paridah.ali@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925

  BPG
  1. Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel                  :           03-8884 1067                                  
E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 1222

7.         Bersama-sama ini disertakan salinan emel jemputan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk perhatian tuan/puan jua.
Sekian,terima kasih

 Muat Turun


Previous Post Next Post