TUJUAN
1. Garis panduan ini bertujuan memastikan segala urusan pelaksanaan DLP berjalan dengan teratur, seragam, cekap dan berkesan.
LATAR BELAKANG
2. Dual Language Programme (DLP) telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015.
3. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
4. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaaan. Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari.
5. Selain daripada itu, pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa pendedahan murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh bahasa Inggeris mereka.
DOKUMEN PENGAJARAN DAN PENTAKSIRAN DLP
Pengajaran dan Pentaksiran |
1. Contoh RPH
3. OPSME
|
Pengoperasian |
DLP - Pengoperasian |
Sumber; KPM