Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan CBBP Ambilan 2016





Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

SYARAT PERMOHONAN
TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI
PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).


1.Syarat Umum
Pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minta dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
2.Syarat Khusus
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan Sarjana pada 1 Januari 2016;
iii)
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya Januari 2012) ;
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2012, 2013 dan 2014). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar ;
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut :


Peringkat PengajianKelulusan PNGK atau setarafTempoh Minimum
Pengalaman Bekerja di
Peringkat P & P
(pada 1 Januari 2015)
Sarjana MudaSarjana
Sarjana2.00-2.49Tidak Berkaitan10 Tahun
2.50-2.995 Tahun
3.00 dan ke atas3 Tahun
Ph.DTidak BerkaitanLulus5 Tahun
3 Tahun
viii)
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
ix)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
x)
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
xi)
Telah mengisytiharkan harta; dan
xii)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
xiii)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
xiv)
Satu Kertas Cadangan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlulah disediakan untuk dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih). Panduan menulis kertas cadangan adalah seperti di LAMPIRAN D;
xv)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara dan Universiti Luar Negarayang diiktiraf oleh JPA;
xvi)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
xvii)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
xviii)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan peringkat sarjana adalah 24 bulan (maksimum) bagi Mod Campuran dan 18 bulan bagi Mod Penyelidikan Sepenuhnya;
xix)
Kemasukan ke universiti adalah pada sesi September 2016;
xx)
Calon-calon hanya layak membuat SATU permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama.Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB(sekiranya perlu);
xxi)
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
xxii)
Pegawai yang telah diluluskan CBBP TB sebelum ini tidak layak memohon.
3.Syarat Tambahan Bagi Permohonan Ke Luar Negara
i)
Tawaran ini hanya terbuka kepada Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Am Pengajian Peringkat Kedoktoran sahaja;
ii)
Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau ILETS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 1 November 2014 sahaja diambilkira bagi tujuan ini dan sebarang kos peperiksaan tidak akan ditanggung oleh jabatan ini. Sekiranya ditawarkan, keputusan mestilah dihantar ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada Jun 2016;dan
iii)
Telah lulus Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara anjuran Biro Tatanegara.

* Sebarang rayuan untuk melonggarkan syarat-syarat di atas tidak akan dilayan oleh KPM.Walaubagaimanapun, calon boleh menduduki Ujian Bahasa Inggeris (Perkara 3 (ii)) dan mengikuti Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.




SYARAT PERMOHONAN
TAWARAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
TANPA BIASISWA (CBBP TB)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI
PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).


1.Syarat Umum
Pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minta dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
2.Syarat Khusus
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi permohonan peringkat Kedoktoran dan tidak melebihi 46 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana pada 1 Januari 2016;
iii)
Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya 1 Januari 2012);
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2012, 2013 dan 2014). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar;
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
viii)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
ix)
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
x)
Telah mengisytiharkan harta; dan
xi)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
xii)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
xiii)
Satu Kertas Cadangan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlulah disediakan untuk dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih). Panduan menulis kertas cadangan adalah seperti di LAMPIRAN D;
xiv)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
xv)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
xvi)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
xviii)
Kemasukan ke universiti adalah pada sesi September 2016;
xix)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi Mod Penyelidikan;
xviii)
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
xix)
Calon-calon hanya layak membuat SATU permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama.


Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.   


Mohon Sekarang KLIK DISINI
Previous Post Next Post