Spam Di Facebook

Fenomena spam di facebook dan media sosial sekarang sudah menjadi satu trend. Spam juga dikenali sebagai pesanan sampah yang dikirimkan atau disebarkan melalui media sosial (Facebook), email, blog, website, SMS,  search engine secara berterusan dan berulang-ulang.  




Tujuan Spam

  1. Mempromosikan produk-produk atau perkhidmatan
  2. Digunakan sebagai medium untuk mempromosikan link atau pautan palsu yang bertujuan untuk menipu. Berhati -hati jika menggunakan pautan banking online
  3. Digunakan untuk menyebarkan virus, worm yang berfungsi untuk mencuri maklumat peribadi pengguna internet
  4. Menyebarkan malware dan adware yang berfungsi untuk menceroboh masuk di sistem komputer menyebabkan komputer menjadi pelahan

Cara untuk mengelakkan dari spam di Facebook
  1. Tukar kata laluan yang lebih selamat (kombinasi abjad dan nombor)
  2. Padamkan spam yang dihantar secepat mungkin
  3. Edit profile facebook dengan menukar mode privacy
  4. Bersihkan aplikasi yang tidak digunakan sama ada di telefon dan komputer
  5. Jangan klik sebarang pautan/link yang mencurigakan
  6. Lapor kepada pihak Facebook
  7. Scan komputer dan telefon

Happy Blogging

-Huzaini Ismail-

Previous Post Next Post