Kos Sara Hidup Meningkat Punca Jenayah? Satu persoalan yang sentiasa berlegar di minda Kickstory. Adakah jenayah yang terjadi di Malaysia ini berpunca daripada kos sara hidup yang meningkat. Pelbagai jenayah yang terjadi di Malaysia terutama kes bunuh, rogol, pelacuran, penyeludupan, mengedar dadah, judi, dan sebagainya.
Pada pendapat Kickstory, kos sara hidup adalah sebahagian daripada punca jenayah yang berlaku. Sebagai contoh, rakyat yang tidak mempunyai mata pencarian yang tetap akan terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang melampau. Hal ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan jenayah perah ugut, pelacuran dan sebagainya.
Contoh situasi
Gaji - RM1000
Sewa rumah - RM500
Makan/minum - RM500
Bayaran lain - RM200
Anak Sekolah - RM400
Melihat kepada contoh situasi di atas, adakah cukup untuk hidup jika kos sara hidup meningkat? Hal ini akan menyebabkan ramai masyarakat akan terjebak dengan masalah jenayah seperti mencuri, merompak dan sebagainya.
Print this page