Pendemokrasian Dalam Pendidikan



2.0       Pendemokrasian Dalam Pendidikan
Merujuk kamus dewan edisi keempat, pendemokrasian pendidikan bermaksud peluang mendapatkan pendidikan bermutu. Mengikut Dewey (1966) ,pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup mereka.
Di Malaysia proses pendemokrasian pendidikan telah bermula dalam menyediakan keperluan pendidikan kepada semua warganya. Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat penting kepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasian pendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan serta masyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.
Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Oleh yang demikian ini membolehkan golongan miskin juga dapat menimba ilmu dengan percuma.Hal ini kerana kerajaan menyediakana peruntukan khas bagi golongan ini seperti bantuan pakaian sekolah,rancangan makanan tambahan(RMT),baucer tuisyen serta kemudahan asrama. Dengan itu bukan sahaja dari golongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu, meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan serta bersaing dengan arus
Pelbagai dasar telah dibentuk oleh kerajaan bagi mendemokrasikan pendidikan. Sebagai contoh,melaksanakan pendidikan wajib ke atas setiap kanak-kanak selama 13 tahun. Jika ibubapa atau waris tidak mengendahkan arahan tersebut. Mereka bakal dikenakan hukuman atau denda jika disabit kesalahan.Ini merupakan perkara yang asas dimana semua warga berhak mendapatkan pendidikan yang sempurna. Selain itu dasar perlaksaan vernakular (sekolah tamil dan sekolah cina),sekolah teknikal,sekolah asrama penuh,sekoah pendidikan khas (pelajar berkeperluan khas),sekolah swasta dan sekolah Agama Islam.
Secara keseluruhannya, pendemokrasian pendidikan mencerminkan hak asasi kanak-kanak dan seorang manusia itu terbela.Pendidikan merupakan perkara yang amat penting dan apabila pendidikan ini dirakyatkan .Maka rakyat akan terbela dan tiada lagi kelihatan kanak-kanak yang berpelesiran di jalanan tanpa mengikuti pendidikan yang sepatutnya seperti kanak-kanak yang lain.Pendemokrasian juga adalah langkah menjadikan negara aman kerana semua kehendak asas rakyat diepenuhi.















Previous Post Next Post