-->
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Strategi Umum Terapi Muzik
1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian klien untuk menggalakkan kehadiran klien pada setiap sesi terapi.
2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien.Kaunselor memahami kehendak klien serta msalah yang dihadapi klien,memastikan komunikasi berkesan setiap kali rawatan.
3.Interaksi muzik
Kaunselor atau terapis harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik supaya kliennya mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.
4.Kawalan emosi
Terapis menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk menggalakkan klien meluahkan perasaan dan emosi secara baik.
5.Integrasi sensori
Terapis harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling dijalankan.Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien.Seterusnya, kaunselor perlu mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan.Sesi ini bertujuan untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi dan stuktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang.Contohnya kaunselor perlu merancang waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan digunakan.Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai ketika menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti.Perancangan yang terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.
Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor.Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang sesi rawatan.Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot atau catatan.Segala tingkah laku, maklum balas , perkerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi refleksi.Keunselor dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan.Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya.Sebarang penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya.Kaunselor bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang berikutnya.
Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri dengan pendekatan dan teknik yang sesuai.Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi muzik.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik